Want your
own Fotopage?











 
Alahai.... sayang mummy...

By: liena zamri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI

Hari nie aku nak cakap pasal petua yang makin lama makin kita tinggalkan dan lupakan, kebanyakkan petua2 nie berasal dari nenek moyang kita, Kalau tak de petua2 nie makan aku percaya apa yg kita buat selama ini tak lengkap rasanya.

So sebagai panduan dan pedoman kita bersama, aku berharap korang dapat luangkan sedikit masa korang untuk membaca info berguna dan berharga yang aku kutip dari semua cerok pelusuk dan aku cedok dari entah mana hala sumbernya, pada aku boleh digunapakai.. so jom kita layan seketika yer...




Petua Cara 1 :

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Petua Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas
Labels: petua beras, seri wajah, wajah bersih berseri, wajah cerah dan lembut



Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.
Labels: petua menghilangkan parut



Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.



Seminggu 2 kali rambut dilumurkan dengan pati santan kelapa, urut kepala perlahan-lahan sehingga pati santan tadi meresap sehingga ke akar rambut, kemudian bungkus kepala anda dengan tuala dan biarkan selama 1jam sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian setelah rambut bersih dari sisa pati santan tadi bolehlah disyampukan rambut anda seperti biasa.. Selepas tu keringkan rambut anda dengan tuala bersih dan sapu rambut anda dengan minyak zaitun sehingga rata (pakai sikit jer) urut perlahan-lahan sehingga minyak tadi betul2 meresap ke akar rambut. Cubalah petua ini dan anda akan mendapat hasilnya seperti begini...








[nama saya yatie.. nama anak dara saya tuh irah.. ] Thu 17-Apr-2008 08:12
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
[salam.. nama saya yatie.. nama anak dara saya tuh irah.. ] Thu 17-Apr-2008 08:18
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
oooo...senang nyer....bahan2 pon senang dapt...bgus2 Sat 15-Aug-2009 12:48
Posted by:dhilah ^_^ dhilah_3g@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 15-Apr-2008 17:15 Email | Share | | Bookmark

 
entah kenapa aku suka sangat tangkap gambar adeq, sampaikan habis penuh fp aku nie dgn gambar dia, sebenarnya bukan apa... adeq sajalah best friend aku dunia dan akhirat...walau pun dia anak aku tapi sayang aku tu kat dia melimpah ruah... almaklumlah aku nie tak de adik pompuan...anak pompuan tunggal mak ayah aku, so bila dapat anak pompuan best jugaklah rasanya tak delah aku keseorangan, bab berebut alat mekap sampailah ke perfume mmg dia lah orangnya.. tapi apa pun mummy sayangkan anak2 mummy, adeq abang zamir buah hati pengarang jantung umi sentiasa dunia dan akhirat... mummy doakan kamu menjadi anak yg taat dan soleh , sentiasa beroleh kejayaan dan berjaya menempuh apa juga dugaan mendatangan serta cemerlang dunia dan akhirat.. AMIN..



* tengoklah tu gayanya mcm model jer...

Care to comment?


Tuesday, 15-Apr-2008 16:35 Email | Share | | Bookmark
MANDI-MANDA @ ULU YAM

 
 
 
View all 6 photos...







Care to comment?


Tuesday, 15-Apr-2008 14:20 Email | Share | | Bookmark



Makan apa kita hari nie yer.... skang nie suka pulak tepek menu harian ku..heehee.. kalau korang semua belum makan baik poei makan karang meleleh air liur tu kang den tak jamin yo....so jom layan menu masakan den yg ontah bilo nie...

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



NASI GORENG CINA ALA2 LIENA



SAWI BUNGA + CENDAWAN + CILI BENGALI SOS TIRAM



SEBAGAI PENCUCI MULUT ,AKU SAJIKAN BUAH STOBERI COKLAT DATO SITI
[IMG] http://i178.photobucket.com/albums/w256/roszalina/Strawberry1.jpg[/IMG]

mak ai banyak nyer makanan...habis ke tu...
alamak tergodalah ngan ikan kembung masak asam pedas...my peberet jugak tu...
lain kali jangan lupa try buat daging masak asam pedas....sedappppp...selalu mira
masak pakai daging.....biar masak lama2 supaya lembut daging tu
Tue 15-Apr-2008 07:43
Posted by:MiraJohar  - [Link]
leina punya masakanpun sedap ni.... kalau macam ni tak jadi nak pinjamkan tangan ...
pucuk paku letak udang sedap tu kena pulak sambal belacan. ikan masak asam pedas tu merah menyala...kalau makan berdesing telinga ni.. strawberry ala tok T tu yummynya...
Tue 15-Apr-2008 13:44
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
tang ni yang tak tahan ni ma.................
rajin mama leina ni masak erk
Ingat Strawberry Ingat pulak kat Dato K
Wed 16-Apr-2008 10:13
Posted by:dod  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Apr-2008 09:43 Email | Share | | Bookmark

Hari nie nak tayang gambar makan malam kami yang entah bila punya lauk entah.. apa pun layanlah yer.. kalau ada yg x tahan tu telan jerlah air liuq tu..heehee



Ulam2 nie mmg wajib ada...

Gulai Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku dengan udang

Ikan Kerisi Goreng Garing

Kailan Goreng Sos Tiram

Sambal Belacan Power

Gulai Rebung dangan daging salai

Kerang Rebus

Ayam Lada Hitam degan Asparagus


aduh....sedapnya makanan meleleh air liur den ni ha... tak tahan tengok gulai pucuk paku ngan udang. my feberet tau... ntn lehlah masak untuk kita Tue 15-Apr-2008 03:56
Posted by:MiraJohar  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Apr-2008 10:11 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke KK Sabah

Masa nie mmg kelakar sbb, mulanya anak yg sulong (Zamir) nie ingat papa dia nak ajak gie makan, tp rupanya nak tangkap gambar... almaklumlah kat dalam "BELON" tadi makan mee maggie jer. Wah.. atas awan makan mee maggie jer, macamlah kat rumah tak pernah makan... tapi sbb nak merasa makan kat dalam "BELON" layan jerlah... Zamir nie mmg kaki makan, tengoklah badan dia.. bulat. Mak aku panggil dia Budak Kentang...heehee nak tergelak aku bila dengar mak gelarkan dia mcm tu...

@ LCCT, Putrajaya & atas "BELON"



1st Day di Sabah..



Malamnya kami jalan2 umah member papa, so seganlah pulak nak snap gambar.. . Balik hotel terus boom..masing2 kepenatan.. tp peliklah kat sabah nie toilet dia mmg tak de paip tau so kalau nak cuci mencuci yg tuttt....... mmg susahlah dah jadi satu koje pulak mengangkut air kat sinki..
Apa pun pukul 6 ptg dah malam, siangnya pulak cepat pukul 6 pagi tu kat semenanjung mcm pukul 8 pagi tau.. cerah jer, pukul 9 pagi matahari dah terasa tegak jer kat kepala..panas. tapi SABAH mmg best, tenang jer laut dia mmg cantik..tak caya cuba tgk nie, masa nie kami sempatlah mandi kat Pulau Mamutik. Mmg best, cuma makanan dia ajer mahal... biasalah duk kat tgh2 pulau nie, serba serbi mahal. Air bersih mmg susahlah nak dapat so kalau korang nak mandi kat sana jangan lupa bawak air banyak sikit..senang nak basuh muka nanti... dah sah2 lepas mandi air laut tu melekit2kan...



air dia boleh nampak ikan tau, terkejut beroklah sekejap sbb boleh nampak ikan bawal real lagi...


2nd day @ Sabah
Kami sempat tido 3-4 jam ajer sbb nak kejar masa gie Kundasang nak tgk Gunung Kinabalu dari Dekat..so dah sampai sabah nie mmg tak bestlah kalau tak gie tgk Gunung kebanggaan org Malaysia niekan . so kami terpaksalah bangun awal lebih kurang pukul 4 pagi tau... member papa kata kalau kita gie lambat2 nanti tak merasalah kita nak tgk Gunung Kinabalu tu sbb kalau dah pukul 8 sampai sana, mmg dah penuh ditutupi dgn kabus kalau tak caya cuba tgk nie...



nie pulak, pukul 6 pagi cerah kan... padahal baru pukul 6pagi


Ha... nielah dia pemandangan GUNUNG KINABALU dari dekat, cantikkan.... rupanya dari dekat kita perhatikan betul2 berbatu2 rupanya... tp mmg cantik teringin nak pergi lagi... time nie cuasa dia mcm kat genting tau sojuk giler... mengigil dibuatnya..

nie pulak banjaran gunung kinabalu, ahhhh bertuah sungguh kita sebagai rakyat malaysia dapat duduk dibumi yg bertuah nie aman dan damai...



oklah aku nak bawak korang gie tgk pokok strawberi pulak, satu2 tempat yg ada pokok strwberi nie selain Cameron highland tau, jangan korang terkejut pulak, suasana kat kundasang nie mcm kat cameron tau.. cuasa dia sejuk so mmg penduduk tempatan kat sini bercucuk tanam, mereka nie petani moden wa cakap lu...mmg best udara kat sini nyaman sekali.



OLE-OLE DARI SABAH



Alas meja nie pemberian dari kak yan, terima kasih kak mmg berjasa sungguh alas meja nie cantik pulak tu.



oklah cukuplah kelas kita hari nie jalan2 ke sabah, insyallah lain hari kita sambung lagi yer... loteh jari jemari den nie menaip.






ada banyak belum sempat nak upload lagi... tunggu yer... rajin2lah masuk FP kita Tue 15-Apr-2008 01:06
Posted by:liena zamri  - [Link]
seronoknya dapat melancong ke Sabah. Dalam Malaysia ni Sabah aje yang belum pergi. Tak tahulah bila dapat pergi.... Tue 15-Apr-2008 01:19
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
dah dapatpun nengok gambar Sabah.... Kundasang mmg cantikkan...liena tak tidur sana ya patutlah kena bertolak awal. cantik gelang ole2 lieya tu.
kami sekeluarga ada plan nak ke KK masa cuti sek bulan Jun nanti, tu yg berminat nak tengok gambar percutian Liena di KK...
Tue 15-Apr-2008 09:36
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 14-Apr-2008 04:51 Email | Share | | Bookmark
Hari ini hari malas adeq pu3

Hari nie hari malas adeq, pagi2 lagi dah buat perangai menangis malas nak gosok gigi, geram rasanya nk marah lebih2 fikir pulak dia nak gie sekolah, sian pulak... tak per adeq mummy turutkan jugaklah yer...






Care to comment?


Monday, 14-Apr-2008 02:18 Email | Share | | Bookmark
RESEPI MASAKAN THAI

Ikan masak 3 rasa - original resepi dari pattani

seekor ikan jenahak/siakap/gerut
serai dimayang halus
halia dimayang halus
cili api - ikut tahap kepedasan masing2
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap sotong
perencah tomyam
daun limau purut

cara2nya

1) goreng ikan dahulu tanpa kunyit & garam hingga garing
2) angkat ikan dulu, letak tepi
3) tumis halia dan serai
4) masuk kan perencah tomyam dan semua sos
5) masuk kan cili
6) masukkan daun limau purut
7) masukkan garam, gula secukup rasa....
bila dah masak, angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi...

boleh hias ngan bawang besar, cili besar dan tomato...

TOMYAM CAMPUR @ kak hanieliza

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
100 gm daging - potong kecil
1 batang lobak merah - potong kecil
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
50 gm kobis bunga - potong kecil
3 batang putik jagung - potong kecil
1 labu bawang besar - dibelah 4
2 biji buah tomato - dibelah 4
10 tangkai cili padi - ketukkan
5 helai daun limau purut
3 biji limai nipis
daun ketumbar - hiriskan
air
Garam
minyak

Cara
1. Serai, lengkuas dan bawang putih diketuk.
2. Kemudian ditumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih.
4. Setelah itu, masukkan ayam dan daging yang telah dipotong kecil.
5. Biarkan sehingga daging empuk.
6. Apabila daging telah empuk, masukkan lobak merah dan putik jagung.
7. Apabila kedua-dua hampir lembut, masukkan pula kobis bunga dan bawang besar.
8. Akhir sekali masukkan garam, limau purut dan buah tomato. Biarkan seketika. Jangan biarkan sayuran terlalu masak.
9. Masukkan cili padi dan perahan air limau.
10. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan

kerabu mangga

1 biji buah mangga (yang muda buah mesti segar) potong memanjang
1 labu bawang besar mayang
5 cili padi potong halis
gula n garam secukup rasa
sedikit sos ikan
1 biji limau kasturi
udang kering (di goreng tanpa minyak)

gaulkan kesemua bahan di atas n sedia untukdi makan.. mangga 2 kalau x nak buang kulit pun tak pa..


ni resepi tomyam santan (TOM NGAN NGAI)

udang/ayam
2 btg serai
3 cwn air rebusan ayam
4 helai daun limau
cili padi

1 cawan santan segar
4 sudu jus limau nipis
bwg besar
gula&garam

STEPS:
rebus semua bahan -udang/ayam,serai.daun limau,cili padi
masukkan santan segar dan jus limau
garam & gula secukupnye


hai cara-cara buat resepi thai Tue 10-Nov-2009 12:47
Posted by:zairina zairina@yahoo.com
boleh ajar saya buat resepi thai yang profesianal Tue 10-Nov-2009 12:48
Posted by:zairina zairina@yahoo.com
cara masak ikan keli Sun 22-Nov-2009 04:19
Posted by:zaini bin mashhod
View all 9 comments Add comment


Monday, 14-Apr-2008 01:47 Email | Share | | Bookmark
KRIM PUFF

saya ambik kat sini http://www.wanitamelayu.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=8393&st=0&sk=t&sd=a&start=50
or http://myresipi.com/top/detail/235

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Inti

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.


p/s : utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad

cik liena buatlah puff ni...pastu jangan lupa pass sikit kat sini Mon 14-Apr-2008 02:02
Posted by:MiraJohar  - [Link]
Add comment


Friday, 11-Apr-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark

Hari nie mmg banyak bahan2 yg terpakai, so korang layan jerlah yer.



tp nie gambar baru..


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.