|
|
| Friday, 11-Apr-2008 06:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Jalan-jalan tengok rumah aku yer...
|
|
Oklah kawan2, hari nie aku nak bawak korang semua jalan2 tgk rumah aku, tak delah cantik sangat cukuplah untuk kami 4 beranak berteduh,
nie gambar sebelum make over hall rumah aku. panjang dia lebih kurang 20 x 60 kaki, mula2 dulu pening gak aku nak isi apa kat ruang yg besar nie, duk umah flat jer, so perabot aku tecik2 jer..
nie gambar lepas make over, so jemput layan yer...
ruangan hall ke 2, tempat latak tv dan ruang rehat keluarga
Nie pulak bilik aku... malu pulak nak tunjuk, sorilah kaki langsir tu melerek sikit... salah ukuq.. suh org lelaki yg buat kerja mmglah jadi mcm tu, tp kalau suruh aku yg ukur mmg ke lautlah jawapnya.
nie gambar anak dara aku Pu3
Gambar anak2 (Muhammad Zamir Iskandar & Puteri Qistina Batrisyia)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 06:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
hari nie sempatlah meng edit gambar yg sedia ada dalam kotak pc aku nie... boring lah ... makna gaji buta aku hari nie sok sungguh...heeheee kalau boss tahu habis aku..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 08:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LAWAK PENJUAL TELOR YANG TERLAMPAU...
|
|
Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 06:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Heehee.. nie kalau abang tahu nie aku masukkan muka dia kat FP nie mahu di zassss nya kepala aku nie.. anyway nielah dia abang saya kita...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 06:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 02:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 4-Apr-2008 06:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Hari nie aku nak bagi renungan kat diri sendiri dan korang gak yer...silalah layannnnn....
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Apr-2008 06:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
APRILFOOL
|
|
Ni nak citer sikitlah yer pasal AprilFool Nie, pagi2 buta aku dah kena dgn joke yg aku rasa boleh runtuh jantung dibuatnya.. korang nak tahu apa dia tak???.. cuba teka apa dia?? ala ciannya lama dia tunggu sebenarnya boss aku buat kejutan dia kata aku luluskan cek berjumlah sekian punyalah besar (pssssstttttttt rahsialah berapa RMnya) kalau nak bayar pun rasanya 3 keturunan aku pun tak habis bayar kot berjuta2 lemon... terkejut beruk aku naik mengeletar lutut pitam kejap dibuatnya, mahu tidak dahlah, tak sangka pulak kena dgn boss sendiri tulah pasal kalau jadi PA nie..
Korang nak tahu last2 sekali dia boleh cakap U dah kena hari nie liena "HAPPY APRILFOOL" laaaa ..kena ngada dgn aku org tua tu... apa lagi menjerit sakanlah aku..cissssssss kurang asam betul padan dgn muka aku..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Emmm terpanggil pulak nak tepek resepi kat sini, walau pun anak2 dah besar2 tp tak perlah kita share sama2 mana yg boleh pakai silakan mana yg rasa tak sesuai abaikan jer..tak kisah.Anak2 liena mmg lapar jer, so kalau bagi susu kejap jer sedarnya bila tido.. nenek dia dah bagi mamam senyap pulak tido pun lena... senyum jer, almaklumlah perut dah kenyangkan.
ok dalam 1 minggu nie menu anak2 masa dulu2. (Utk umur 5 bulan keatas)
Isnin
Segengam beras wangi
air
kentang
carrot
Ikan Bilis gareng* tumbuk halus
Selasa
Segenggam beras wangi
Air
bayam
carrot
ayam
Minyak bijan sikit * bagi wangi
Rabu
Segenggam beras wangi
Air
Brocoli
Kentang
Isi Ikan salmon
Minyak zaitun sikit
Khamis
Segenggam beras wangi
Air
Kobis Bunga
Carrot
Bayam
Daging Lembut * batang pinang elok senang nak hadam
Minyak zaitun sikit
Jumaat
Segenggam beras wangi
Air
Brocoli
Kentang
Isi Udang
Sabtu
Segenggam beras wangi
Air
carrot
Kentang
Isi Ikan Merah
Ahad
Segenggam beras wangi
Air
Bayam
Carrot
Kentang
Isi Udang, ayam, Daging * serba sikit
* Semua sayur dan bahan basah kena potong dadu kecik2 senang supaya tak tercekik.
* Kalau guna beras wangi, nasi cepat empuk dan anak2 suka sangat masa makan, tak caya cuba dulu..silap2 mak ayah tumpang sekaki
* Sehari 2 kali liena bagi anak2 makan, susu 5-6 kali sehari tapi dalam kuantiti yg sesuai dgn umur, air suam jangan lupa sbb kalau anak2 kurang berak/ sembelit dan kurang kencing tak elok jugak x elok untuk usus dia. Anak kedua liena mmg kulit sensetip sikit so mmg kena jaga betul2 air, susu, makan dan mandi dia.. tak leh makan sebarangan nanti naik ruam2 merah...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Mar-2008 05:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
CHICKEN NUGGET
3 camb tepung jagung
1 camt serbuk penaik
1 camt serbuk lada sulah
½ camt soda bikarbonat
1 camb sos Lea & Perrins
1 kiub stok ayam (atau stok pekat)
1 biji telur
350 g isi ayam, dicincang halus
10-15 g serbuk roti putih
sed garam
Bahan Salut
40 g tepung gandum
1 biji telur, dipukul
60 g serbuk roti keemasan
minyak utk menggoreng
Cara membuatnya
1. Satukan 6 bahan pertama di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan telur, isi ayam dan garam, gaul sebati. Jika terlembik, tambah serbuk roti.
3. Ambil sedikit adunan, bentukkan mengikut citarasa.
4. Salut dengan tepung kemudian celup di dalam telur.
5. Salut pula dengan serbuk roti keemasan.
6. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga keemasan.
7. Angkat dan hidangkan dengan mayonis, sos cili dan kentang goreng.
Kepada sesapa yg mencari resepi nugget ni cubalah saya dah banyak kali cuba, mmg sedap. Resepi dr soaljawab masakan bersama pn. noorzailina.
NUGGET AYAM KAK NOOR
Bahan-bahan:
500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
1-2 biji telur }dipukul sedikit
Cara membuat:
Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam
Gaul sebati
Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis
Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal
Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
Sedia dimakan bersama sos.
Resepi II:
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci
1 1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti (bread crumbs)
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bawang putih jika suka
1-2 biji telur } dipukul sedikit
minyak utk menggoreng
Cara membuat:
Ayam dicucikan dan toskan.
Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk cornflake atau serbuk roti, kacau sekata.
Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk cornflake/roti kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
Hidangkan bersama cili sos
|
|
|
|
|